HANGZHOU: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia perlu berada dalam tahap terbaik bagi mengelak tersingkir awal di pusingan pertama acara perseorangan badminton pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bermula di sini, esok.
Berdasarkan undian, bekas juara All England berusia 25 tahun itu akan membuka kempen pada penampilan sulung Sukan Asia dengan menentang Angus Ng Ka Long dari Hong Kong di Gimnasium Binjiang.
Angus Ng, berada dua anak tangga di bawah Zii Jii, di ranking ke-18 dunia`, namun memiliki rekod pertembungan lebih baik memihak kepada wakil Hong Kong itu iaitu 4 kemenangan dalam lima pertemuan.
Bagaimanapun, pemenang tersebut mempunyai laluan mudah ke pusingan 16 apabila diramal menentang pemain Timor Leste, Costa Gusmao De Jesus pada pusingan kedua.
Seorang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, akan membuka langkah dengan menentang bekas juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, yang turut mendapat 'bye' pada pusingan pertama.
Tze Yong, 23, mempunyai rekod 3-1 dengan Kean Yew.
Sementara itu, bekas juara beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan dengan wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.
Satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, turut akan menentang wakil Taiwan yang juga juara Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin.
Beregu utama wanita negara, Peraly Tan-M. Thinaah mendapat laluan mudah di pusingan pembukaan apabila diundi menentang beregu Singapura, Jin Yu Jia- Crystal Wong Jia Ying manakala beregu negara, Go Pei Kee-Valeree Siow berdepan dengan wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Dalam acara perseorangan wanita, pemain muda negara, K. Letshanaa mendapat 'bye' pada pusingan pertama dan akan menentang bekas juara Sukan SEA, Busanan Ongbamrungphan dari Thailand pada pusingan kedua.
Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akan membuka kempen dengan menentang Ghazala Siddique dari Pakistan, esok.
Dalam pada itu, dua beregu campuran negara dijangka tidak mendapati masalah untuk melangkah ke pusingan kedua apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menentang pasangan Singapura, Andy Kwek Jun Liang- Crystal Wong manakala Goh Soon Huat- Shevon Jemie Lai berdepan wakil India, Rohan Kapoor-Reddy Sikki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Ng Tze Yong akan membuka langkah dengan menentang bekas juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, yang turut mendapat 'bye' pada pusingan pertama. - Gambar Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Laluan getir menanti Zii Jia, Tze Yong cabar bekas juara dunia
Lee Zii Jia perlu berada dalam tahap terbaik bagi mengelak tersingkir awal di pusingan pertama acara perseorangan badminton pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bermula di sini, esok.
Azizulhasni buktikan stigma karier musnah selepas berkahwin salah
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan mereka yang meramalkan kariernya akan hancur, mempunyai perut buncit dan lutut longgar apabila menamatkan zaman bujangnya.
Tokyo 2020: Keluarga tumpang bangga kejayaan Azizulhasni
Azizulhasni tentu sekali akan mendedikasikan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 yang dimenanginya itu buat ayahnya yang berusia 72 tahun itu.
"Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang
Ketika berlumba, sayu hati Azizulhasni memikirkan ayahnya diserang angin ahmar ketika beliau berlepas ke Tokyo untuk memikul tanggungjawab buat negara.
Federer tarik diri daripada dua kejohanan, cedera lutut berulang
Roger Federer telah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Kanada dan Masters Cincinnati bagi menumpukan kepada pemulihan kecederaan lututnya.
'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo sebentar tadi, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.
Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.
Tokyo 2020: Warholm pecah rekod dunia, raih emas 400m berpagar
Karsten Warholm melakar rekod dunia baru dalam acara 400 meter berpagar selepas wakil Norway itu merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.
Tokyo 2020: Dhabitah sedia beri inspirasi kepada ramai gadis sertai sukan terjun
Nur Dhabitah sedia mainn peranan sebagai duta kepada sukan akuatik bagi menggalakkan lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan terjun.
Tokyo 2020: Simone Biles akan kembali beraksi dalam final batang titian
Bintang gimnastik Amerika Syarikat Simone Biles akan kembali beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo apabila disenaraikan dalam barisan peserta acara final batang titian esok.